Saturday, August 9, 2008

MAKLUMAN

KEPADA RAKAN BLOGGERS YANG DIHORMATI....
BLOG DESPERADO TELAH DIALIHKAH KE


klik
SINI

Friday, August 8, 2008

SALAM

SELAMAT HARI


08/08/08

LAGI DEBAT MENANTI...

Satu lagi debat menarik dijangka dijalankan di Pulau Pinang atau di Kuala Lumpur antara Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkenaan isu-isu semasa pada 20 Ogos ini.

Jurucakap parti Gerakan memberitahu Bernama Rabu malam bahawa debat anjuran portal berita, Agenda Daily yang dijangka dipanaskan dengan menyentuh isu-isu semasa terutama Pulau Pinang, merupakan kali kedua antara Koh dan Lim.

Ia pernah diadakan 10 tahun lalu ketika kedua-dua mereka merupakan pemimpin pemuda parti masing-masing.

Katanya portal berita itu sedang menyediakan format, lokasi dan tema debat, yang telah diperkatakan sejak minggu lepas. (READ MORE HERE)


TAN SRI KOH TSU KUN KATA :
"Lim telah bercakap kepada media terlalu banyak dan telah mengelirukan rakyat. Sekarang, ini peluang Gerakan untuk bertindakbalas terhadap propaganda DAP, kami akan membiarkan orang ramai untuk memutuskan sama ada Lim hanyalah tin kosong yang sekadar membuat bunyi bising,"
LIM GUAN ENG KATA:
"Apa yang rakyat mahu tahu adalah berkenaan penyelewengan tanah. Jika anda mahu berdebat mengenai isu-isu lain, ia tidak mencapai matlamatnya"
DESPERADO :
GUAN ENG, RAKYAT NAK DENGAQ KA...HANG YANG NAK DENGAQ? BUAT MODAL NAK BERKEMPEN....

HAMPA BERDEBAT BAHASA MELAYU...AKU PUN NAK DENGAQ JUGAK!

ANAK MENANTU

Isu menantu: Nik Aziz sedia bantu siasatan BPR

KOTA BHARU 6 Ogos - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia memberi kerjasama penuh jika Badan Pencegah Rasuah (BPR) mahu menyiasat pelantikan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Beliau berkata, kerajaan pimpinannya mengamalkan sikap terbuka dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada BPR untuk menjalankan tugas menyiasat sebarang salah laku terhadap sesiapa sahaja.

"Tak apa, saya terbuka kepada BPR untuk siasat saya sendiri, menantu, anak dan pegawai, cuma kita berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan media hari ini bahawa BPR mungkin menjalankan siasatan tentang pelantikan seorang pegawai kanan PMBK.

Pengarah BPR Kelantan, Mohd. Jaafar Hussein berkata, pihaknya menerima surat layang yang turut disebarkan kepada pihak media berhubung perkara itu dan sedang mengkaji kebenaran isi kandungannya yang menyentuh mengenai kronisme serta salah guna kuasa sebelum mengambil tindakan lanjut.

SEBELUM INI...

Ia turut mempertikaikan pendirian Pas yang sebelum ini bersungguh-sungguh menentang pembabitan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dalam syarikat milik kerajaan (GLC).

ULASAN : UDAH MALEH TEMAN NAK NGULEH...SAME AJE! DUA KALI LIMA! DUA-DUA MAU KASI TUKAR!

Thursday, August 7, 2008

FIND ME GUILTY

SANKARA NAIR (PEGUAM DSAI) KATA:
"Ini adalah kuasa mahkamah. Kali ini mahkamah mengambil keputusan yang kuat dan adil. Keputusan jaminan hari ini adil."

"Kita ada alibi. (Perkara) ini telah diberitahu kepada polis apabila kenyataannya (Anwar) dirakam pada 16 Julai di balai (ibu pejabat polis Kuala Lumpur).
Jadi, kami tidak faham kenapa dakwaan terhadap Anwar dibuat"
DESPERADO KATA :

MACAM NI PUNYA LAWYER PUN ADA KA? DOUBLE STANDARD...BILA KEPUTUSAN MAHKAMAH TIDAK MENYEBELAHI PIHAK DIA, DIA HENTAM, DIA KUTUK, DIA MARAH, MAHKAMAH TIDAK ADIL LA, SISTEM KEHAKIMAN CORRUPT LA, HAKIM MAKAN RASUAH...MACAM-MACAM LAGI...BILA MAHKAMAH BERI KEPUTUSAN YANG MENYENANGKAN KEPALA LUTUT DIA...PUJI MELAMBUNG-LAMBUNG...

LEPAS TU BUAT-BUAT TANYA, "KAMI TIDAK FAHAM KENAPA DAKWAAN TERHADAP ANWAR DIBUAT...." TADI KATA MAHKAMAH ADIL...TAPI TAK PAHAM KEPUTUSAN YANG DIBUAT MAHKAMAH...MACAM MANO JADI PEGUAM NI...TEMPELENG JUGAK AKU LAWYER NI...

MAHKAMAH SUDAH KASIK CHANCE NAK BERTANDING LA TUH...

Wednesday, August 6, 2008

CALON WANITA?

Calon wanita paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh kerana ia mudah diterima oleh pengundi termasuk golongan lelaki.

Semalam, bekas ketua Umno bahagian Permatang Pauh Datuk Ahmad Saad mendakwa Umno ketandusan calon yang sesuai untuk menentang bekas timbalan perdana menteri itu. (READ MORE HERE)

Datuk Jahara Hamid (Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang) kata :

"Wanita gigih, tidak mudah mengalah dan berputus asa dan kerana itu ia amat sesuai untuk menentang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kami (pergerakan Wanita) mempunyai calon wanita yang memenuhi ciri-ciri tersebut"

Datuk Ahmad Saad (Bekas Orang Kuat Anwar) kata :

"Umno ketandusan calon yang sesuai untuk menentang bekas timbalan perdana menteri itu.Beberapa nama yang disebut menjadi calon, sebenarnya tidak mencapai standard untuk mencabar Anwar"

Desperado kata :

Hah! Wanita dah bersuara...ada berani mau letak ka? Kalau ikut jalan ceritanya... lelaki memang mudah tewas dengan wanita...Ustaz Pirdaus pun kalah dengan wanita (Wan Azizah) dua kali! Tapi Uncle Anwar ni, ngan wanita mau ke dia....... mengalah?

Wallahualam...

26 OGOS 2008 - HARI PENENTUAN

Umno Permatang Pauh mahu ketua bahagian tanding pilihan raya kecil

BUKIT MERTAJAM: Umno Bahagian Permatang Pauh mencadangkan ketuanya Datuk Abdul Jalil Abdul Majid sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Keputusan itu dibut pada satu mesyuarat khas jawatankuasa bahagian itu di sini pada malam Isnin lalu, kata Setiausaha Bahagian, Ahmad Sahar Shuib pada mesyuarat jentera pilihan raya Umno yang dihadiri ketua cawangan dalam bahagian itu di sini malam tadi yang turut dihadiri Abdul Jalil. (READ MORE HERE)

Pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ditetapkan 26 Ogos ini dengan hari penamaan calon 16 Ogos. Pengumunan tarikh pilihan raya itu dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengadakan mesyuaratnya, di sini, tengah hari ini.


ULASAN : MENGIKUT SUMBER YANG SAHIH, SEMUA JENTERA KERAJAAN NEGERI TELAH DIKERAHKAN BERSEDIA, RUMAH-RUMAH KOSONG TELAH SIAP DIJADIKAN MARKAS, HOMESTAY-HOMESTAY DI SEKITAR MENGKUANG TITI PUN HABIS DI SEWA, SEMUANYA TELAH BERSEDIA...PEMBANGKANG (BN) BILA MAU PUTUSKAN SIAPA CALON SECARA RASMI?

P/S: DATUK ABDUL JALIL TELAH DICADANGKAN SEBAGAI CALON KALI INI OLEH UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH. KATA PUTUS HANYA DARI PUSAT...TUNGGU...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin